LESEN PERISIAN

PENGENALAN

  • Lesen perisian adalah perjanjian bertulis antara pemilik dan pengguna perisan.Lesen perisian terbahagi kepada dua kategori,iaitu lesen hak milik dan lesn sumber terbuka.Berikut ialah keterangan mengenai perbezaan antara kedua-dua jenis lesen ini:
  • Lesen hak milik—dengan lesen ini, pemilik perisian membenarkan pengguna menggunakan satu salinan perisian tersebut atau lebih, akan tetapi tidak memindah milik perisian tersebut kepada pengguna. Oleh itu, si pengguna hendaklah bersetuju dengan lesen tersebut dan mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan untuk menggunakan perisian itu. Dengan mengedarkan salinan perisian proprietari kepada orang lain, sama ada secara percuma atau berbayar, pemilik perisian dapat mengekalkan hak miliknya terhadap perisian itu dan mengenakan kekangan sebanyak mana yang dia suka. Contoh perisian dengan lesen hak milik ialah perisian-perisian yang dikeluarkan oleh Microsoft (Microsoft Windows dan lain-lain) dan kebanyakan syarikat dagangan.
  • Lesen sumber terbuka—lesen ini merupakan ‘songsang’ bagi lesen hak milik. Dengan lesen ini, pemilik perisian bukan sahaja membenarkan orang lain menggunakan perisian itu, malah menyerahkan hak si pengguna untuk ‘memiliki’ perisian itu. Perbuatan ini samalah seperti memindah milik barang-barang harian. Tambahan pula, terpulang kepada pengguna untuk bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat yang dikenakan dalam lesen tersebut. Sekiranya dia tidak bersetuju, dia boleh terus menggunakan perisian tersebut. Namun, jika dia bersetuju, dia diberikan hak-hak tambahan, umpamanya hak untuk mengedarkan salinan perisian tersebut kepada orang lain pula. Lesen sumber terbuka yang paling popular ialahLesen Awam Am GNU yang dihasilkan oleh Yayasan Perisian Bebas. Semua perisian yang dilepaskan oleh projek GNU diedarkan dengan lesen ini.

JENIS-JENIS

  • single user licence

Lesen jenis ini boleh digunakan untuk satu komputer sahaja

  • UNLIMITED SIDE LICENCE

Lesen jenis ini membenarkan perisian dipasang disemua komputer dengan syarat kesemuanya berada disatu kawasan yang sama,contohnya disyarikat atau sekolah.

  • NETWORK LICENCE

Lesen jenis ini membenarkan perisian dipasang pada komputer pentegon (server) yang membolehkn komputer (client)yang bersambung dengan server tersebut juga mengunakan perisian yang boleh sama  kadang kala tertakhluk kepada beberapa buah komputer sahaja ataupun berbilang komputer (unlimited).

CETAK ROMPAK

  • Cetak rompak (atau pencabulan hakcipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang-undang hakcipta tanpa izin, maka mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya hasilan yang berasaskan karya yang dihakcipta itu.
  • Terdapat pelbagai cara dimana hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran pemilik hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara:
    1. Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya.
    2. Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada PDF.
    3. Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza.
    4. Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta.